Selasa, 28 Oktober 2008

Program Mesra Rakyat

27 Oktober 2008 : KEMAS Kawasan Sungai Siput bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (Persekutuan) Kampung Salak Stesyen telah menganjurkan Program Mesra Rakyat dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Dataran Laman Budaya Kg. Gerakan Daya Wawasan Salak Stesyen pada 27 Oktober 2008.















Program ini telah di rasmikan oleh YB. Datuk Haji Ahamad bin Pakeh Adam, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lintang.


Di majlis ini juga disampaikan sijil-sijil penyertaan pertandingan kepada ahli kumpulan nasyid yang telah berjaya mendapat tempat kedua pertandingan nasyid majlis ihtifal dan kesenian Islam peringkat negeri perak baru-baru ini.

Selasa, 14 Oktober 2008

Kursus Kraftangan Rotan dan Manik Kristal

14 Oktober 2008 : Seramai 18 orang peserta kumpulan sasar telah berpeluang mengikut Kursus Kraftangan Rotan dan Manik Kristal anjuran Jabatan KEMAS Negeri Perak yang bermula dari 13 hingga 15 Oktober 2008 di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Sungai Siput.



Dua orang Tenaga Pengajar Cik Khodijah bt. Haji Ahmad dan Puan Siti Maisarah bt. Misran Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga daripada KEMAS Batu Gajah dan Telok Intan dipertanggungjawabkan bagi latihan kraftangan tersebut.


Encik Ahmad bin Awang selaku Ketua Urusetia memaklumkan bahawa antara objektif kursus adalah bagi meningkatkan kemahiran dalam bilang kraftangan, Memberi pendedahan idea-idea baru dalam perusahaan kraftangan, meningkatkan hasil kraftangan supaya boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan dan memberi pendedahan kepada peserta mengenai pasaran kraftangan.












Sabtu, 11 Oktober 2008

Demonstrasi Dan Pertandingan Masakan

11 Oktober 2008 : KEMAS Parlimen telah menganjurkan Program Demonstrasi dan Pertandingan Masakan di Perkarangan Sekolah Kebangsaan Kg. Maamor, Sungai Siput. mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Pertandingan gubahan tuala dan demonstrasi ukiran buah turut diadakan disamping pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah.







Khamis, 9 Oktober 2008

Program Kejurulatihan Tunas

9 Oktober 2008 : KEMAS Daerah Kuala Kangsar dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Kangsar telah menganjurkan Program Kejurulatihan Tunas kepada Pemaju-Pemaju Masyarakat TABIKA KEMAS Daerah Kuala Kangsar terdiri daripada tiga buah Parlimen iaitu Kuala Kangsar, Padang Rengas dan Sungai Siput yang melibatkan seramai 100 orang peserta.





Objektif Program ialah :

  • Memberi penjelasan kepada pengajar dan pelaksana mengenai program TUNAS.

  • Mengenalpasti teknik mengajar dalam Program TUNAS










  • Mendedahkan teknik-teknik mendekati kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

  • Membantu pengajar dan pelaksana merangka Strategi untuk menjalankan program dan aktiviti TUNAS untuk kanak-kanak bawah umur 6 tahun.

Dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu Ceramah 1 Mengatasi Penyalahan Penggunaan Dadah oleh Encik Yusri bin Mohamad, Penolong Pegawai Anti Dadah Daerah Kuala Kangsar. Ceramah 2 bertajuk Kejurulatihan TUNAS disampaikan oleh Puan Nor Alisa bt. Ali Am, Penolong Pengarah AADK Negeri Perak.



Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Amiruddin bin Ariffin, Pengarah KEMAS Negeri Perak.






Isnin, 22 September 2008

Program Gema Ramadhan KEMAS Sungai Siput


21 September 2008, KEMAS Parlimen Sungai Siput telah menjayakan program Gema Ramadhan tahun ini di Pusat Kegiatan Masyarakat Sungai Siput.


Program ini melibatkan penyertaan serta penglibatan masyarakat terutamanya ke kalangan para peserta aktiviti serta turut mempertemukan antara KEMAS, para pemimpin dan masyarakat setempat.

Antara objektif pelaksanaan program ialah bagi menghayati bulan Ramadhan serta memahami kelebihan-kelebihannya, nenpereratkan silaturrahim serta jalinan kerjasama antara KEMAS dengan masyarakat dan mengitegrasikan program Bina Insan dengan unit-unit lain dalam KEMAS.
Hadir sama dimajlis tersebut ialah YBhg. Tuan Haji Amiruddin bin Ariffin, Pengarah KEMAS Negeri Perak, YBhg. Tuan Haji Mad Dan bin Hassan, Ketua Penolong Pegawai Daerah Sungai Siput, YBhg. Dato' Haji Mohd Dzolkefly bin Haji Harun, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput, YBhg. Cik Khairun Nisa' bt. Roshdi, Pegawai KEMAS Daerah Kuala Kangsar, Pengerusi-Pengerusi JKKP, Pengerusi-Pengerusi JKAK, Peserta-peserta Aktiviti KEMAS dan Kakitangan KEMAS Parlimen Sungai Siput.













Penyampaian Bantuan PTMS

21 September 2008, Seramai lapan orang peserta PPRT yang mempunyai anak berumur bawah 12 tahun telah menerima bantuan Program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS) di Pejabat KEMAS Sungai Siput.
PTMS adalah program yang telah dilaksanakan bagi membantu ibubapa mengenalpasti pemakanan seimbang yang sesuai untuk anak-anak yang dibawah 12 tahun.

Secara tidak langsung juga program ini dapat membantu ibubapa meringankan beban mereka dalam menyediakan pemakanan seimbang yang sangat penting dalam pembangunan minda anak-anak.

Penyampaian bantuan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Amiruddin bin Ariffin, Pengarah KEMAS Negeri Perak semasa Bengkel Pemantapan Tugas Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Parlimen Sungai Siput baru-baru ini.

Setiap peserta telah menerima sabanyak 5 kotak makanan dan wang RM20.00 bagi tujuan pengangkutan.








Peserta-peserta (Ketua Isi Rumah)

  1. Hassan bin Abdullah
  2. Mazlan bin Mohamad Sharif
  3. Mohd Maktar bin Pandak Kassim
  4. Ahmad Rosle bin Abd. Rashid
  5. Shamsuddin bin Hassan
  6. Nor Zaimah bt. Jusoh
  7. Norlaila bt. Shahdan
  8. Zamri bin Mohd Hassan

Setiap Kotak mengandungi bahan-bahan berikut :

  1. Cornflakes (1 kotak x 330g)
  2. Tepong Cucur Segera Bilis (2 pek x 200g)
  3. Ikan Sardin (4 tin x 155g)
  4. Susu Tepung (1pek x 1kg)
  5. Multivitamin (60 biji)
  6. Biskut Julie's (1 tin x 800g)
  7. Milo (1pek x 1kg)
  8. Kacang Tanah (1pek x 500g)
  9. Keropok Ikan (mentah) (1pek x 500g)
  10. Kismis (1pek x 405g)


Khamis, 4 September 2008

Sambutan Kemerdekaan Ke 51 TABIKA KEMAS

Gambar-gambar aktiviti sambutan kemerdekaan ke 51 TABIKA KEMAS Kg. Bekut, Sungai Siput (U), Perak

Tetamu Jemputan:

YB. Datuk Haji Ahamad bin Pakeh Adam,
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lintang

YBhg. Tuan Haji Amiruddin bin Ariffin,
Pengarah KEMAS Negeri Perak.






.






































Selasa, 2 September 2008

Ramadhan 1429

Sempena Ramadhan yang mulia ini, sentiasalah setting niat, upgrade iman, download sabar, upload usaha, delete dosa, update doa dan top-up ilmu agar boleh redeem pahala. Selamat Berpuasa, semoga ramadhan diberkati.

Selasa, 3 Jun 2008

SEMINAR MOTIVASI PELAJAR

Seramai 70 orang pelajar telah berpeluang mengikut seminar Motivasi Pelajar anjuran Pusat Sumber KEMAS Parlimen Sungai Siput yang diadakan pada 3 Jun 2008 di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Sungai Siput.




Seminar sehari ini di bawah kendalian Encik Mohd Zaid bin Abu Othman, Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa Sekolah Menengah Kebangsaan Sayong, Kuala Kangsar.

Objektif :



  1. Seminar ini adalah menekankan kepada masyarakat mengenai pentingnya ilmu pengetahuan demi masa depan.

  2. Memotivasi diri para peserta supaya mereka berkeyakinan dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.

  3. Memastikan para peserta mempunyai jatidiri yang kuat dan kental serta mempunyai matlamat, wawasan, misi dan keazaman untuk memperolehi kejayaan.

  4. Menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang terhadap diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara.


Rabu, 28 Mei 2008

KAEDAH PENJAGAAN KAMERA DAN PERALATANNYA

  • Sentiasa pegang kamera dengan cermat dan berhati-hati kerana ia akan rosak disebabkan hentakan, ketukan atau sebagainya.

  • Gunakan beg kamera yang bersesuaian dengan kamera dan peralatannya.

  • Jangan biarkan kamera terdedah kepada cahaya yang terik dan panas seharian.

  • Kamera adalah barang yang sangat berharga kepada seorang jurufoto, keselamatannya hendaklah sentiasa dijaga khususnya daripada ancaman pencuri.

  • Adalah penting untuk menyimpan semua data-data nombor siri peralatan kamera.

  • Lindungi kamera anda dari hujan atau air.

  • Elak menggunakan kamera dalam keadaan debu ataupun berhabuk.

  • Elak menggunakan kamera dengan tangan yang basah atau kotor.

  • Keluarkan bateri dari kamera anda sebelum disimpan jika tidak menggunakan kamera untuk jangkamasa yang lama.

  • Sebaik-baiknya simpan kamera anda di dalam "dry box"

Anda Ada Kamera - Kenali Kamera Anda

KAMERA merupakan satu alat perakam imej menggunakan filem atau sensor.

Rakaman adalah dalam bentuk filem ataupun data elektronik.

"Photographer" atau jurufoto menggunakan kamera untuk mendedahkan bahan sensitif cahaya seperti filem atau sensor dengan kadar pendedahan (exposure) yang betul untuk mendapatkan sesuatu imej atau foto.


JENIS-JENIS KAMERA

  1. Kamera Lubang Jarum
  2. Kamera Kotak
  3. Kamera "Compact" (Point & Shot)
  4. Kamera TLR (Twin-Lens Reflex)
  5. Kamera SLR (Single-Lens Reflex)

Ruangan kali ini, tumpuan akan diberikan kepada penggunaan kamera "Compacr" (Point % Shot) dan SLR (Single-Lens Reflex) samada dari jenis yang menggunakan filem (analog) ataupun digital.

KAMERA "COMPACT" (Point & Shot)

  • Kecil, ringan dan "Simple"
  • Mudah dibawa dan disimpan\
  • Mudah digunakan - banyak ciri-ciri automatik
  • Mempunyai "flash" bina dalam
  • "Sensor" yang lebih kecil (Digital PnS)
  • Ada batasan (limitation) untuk berkarya/berseni
  • Tidak boleh menukar lensa
  • Tiada kawasan keatas "D.O.F"
  • Sukar mengambil gambar di dalam cahaya rendah (low light)

KAMERA "SLR" (Single-Lens Reflex)

  • Lebih besar dari kamera "Compact"
  • Boleh menukar lensa
  • Boleh mengawal "D.O.F" (depth of field)
  • Boleh mengawal kelajuan "shutter"
  • Apa yang dilihat di "viewfinder" adalah sama dengan apa yang akan dirakam oleh kamera.
  • Mempunyai banyak kelengkapan dan aksesori.
  • Kamera yang sesuai untuk berkarya/berseni.

Sekian dulu buat ketika ini semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua.

Jumpa lagi disiri akan datang.

Hari Potensi dan Ihtifal Kesenian Islam

KEMAS Daerah Kuala Kangsar akan menganjurkan Hari Potensi dan Ihtifal Kesenian Islam peringkat Daerah Kuala Kangsar yang akan diadakan pada 15 Jun 2008 bertempat di Pusat Kegiatan masyarakat (KEMAS) Parlimen Sungai Siput.
Daerah Kuala Kangsar yang mengandungi Parlimen Kuala Kangsar, Padang Rengas dan Sungai Siput akan menghantar seramai 50 orang peserta bagi acara Hari Potensi dan 41 orang peserta bagi acara Majlis Ihtifal dan kesenian Islam.
Pelbagai acara akan dipertandingkan yang melibatkan seramai 273 peserta antaranya ialah :
Acara kanak-Kanak (Potensi):
  1. Pidato
  2. Bercerita
  3. Story Telling
  4. Teater
  5. Puppet Tangan
  6. Tilawah
  7. Tarian
  8. Reka Cipta
  9. Nasyid

Acara Dewasa (Ihtifal)

  1. Nasyid Lelaki
  2. Nasyid Wanita
  3. Marhaban Berzanji
  4. Tulisan Khat Lelaki
  5. Tulisan Khat Perempuan

Program ini akan dimulakan pada jam 8.30 pagi secara serentak dan Johan bagi setiap acara akan menwakili Daerah Kuala Kangsar bagi pertandingan peringkat negeri.

Tuan/puan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Sabtu, 17 Mei 2008

KURSUS PEMBANGUNAN ICT

Kursus Pembangunan Perisian Multimedia anjuran KEMAS Sungai Siput yang di adakan pada 28 - 30 April 2008 di Pusat Komputer PKM Sg. Siput.

Peserta seramai 20 orang terdiri daripada belia luar bandar dan tenaga pengajarnya ialah Encik Abdul Raof bin Mutalib dan Encik Zulkafli Che Rose.

LAWATAN YB. MENTERI KKLW KE SG SIPUT (U)






YB. Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengadakan lawatan kerja ke Sungai Siput pada 10.00 pagi 8 April 2008 bertempat di Dewan Konvensyen Sungai Siput.


Seramai 1200 orang anggota KEMAS Negeri Perak hadir bagi mendengar amanat dan pesanan arah tuju KEMAS bagi tahun 2008 yang dsampaikan oleh YB. Menteri sendiri.


Program ini di anjurkan oleh Jabatan KEMAS Negeri Perak dan KEMAS parlimen Sungai Siput sebagai tuan rumah.


Turut serta di majlis tersebut YB. Dato' Seri DiRaja Mohd Tajol Rosli Ghazali, Tuan Abdul Puhat bin Mat Nayan (kini Dato'), Haji Amiruddin bin Ariffin Pengarah KEMAS Negeri Perak dan lain-lain Pegawai Kementerian KKLW dan KEMAS Ibu Pejabat.