Selasa, 28 Oktober 2008

Program Mesra Rakyat

27 Oktober 2008 : KEMAS Kawasan Sungai Siput bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (Persekutuan) Kampung Salak Stesyen telah menganjurkan Program Mesra Rakyat dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Dataran Laman Budaya Kg. Gerakan Daya Wawasan Salak Stesyen pada 27 Oktober 2008.















Program ini telah di rasmikan oleh YB. Datuk Haji Ahamad bin Pakeh Adam, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lintang.


Di majlis ini juga disampaikan sijil-sijil penyertaan pertandingan kepada ahli kumpulan nasyid yang telah berjaya mendapat tempat kedua pertandingan nasyid majlis ihtifal dan kesenian Islam peringkat negeri perak baru-baru ini.

Selasa, 14 Oktober 2008

Kursus Kraftangan Rotan dan Manik Kristal

14 Oktober 2008 : Seramai 18 orang peserta kumpulan sasar telah berpeluang mengikut Kursus Kraftangan Rotan dan Manik Kristal anjuran Jabatan KEMAS Negeri Perak yang bermula dari 13 hingga 15 Oktober 2008 di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Sungai Siput.



Dua orang Tenaga Pengajar Cik Khodijah bt. Haji Ahmad dan Puan Siti Maisarah bt. Misran Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga daripada KEMAS Batu Gajah dan Telok Intan dipertanggungjawabkan bagi latihan kraftangan tersebut.


Encik Ahmad bin Awang selaku Ketua Urusetia memaklumkan bahawa antara objektif kursus adalah bagi meningkatkan kemahiran dalam bilang kraftangan, Memberi pendedahan idea-idea baru dalam perusahaan kraftangan, meningkatkan hasil kraftangan supaya boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan dan memberi pendedahan kepada peserta mengenai pasaran kraftangan.












Sabtu, 11 Oktober 2008

Demonstrasi Dan Pertandingan Masakan

11 Oktober 2008 : KEMAS Parlimen telah menganjurkan Program Demonstrasi dan Pertandingan Masakan di Perkarangan Sekolah Kebangsaan Kg. Maamor, Sungai Siput. mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Pertandingan gubahan tuala dan demonstrasi ukiran buah turut diadakan disamping pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah.







Khamis, 9 Oktober 2008

Program Kejurulatihan Tunas

9 Oktober 2008 : KEMAS Daerah Kuala Kangsar dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Kangsar telah menganjurkan Program Kejurulatihan Tunas kepada Pemaju-Pemaju Masyarakat TABIKA KEMAS Daerah Kuala Kangsar terdiri daripada tiga buah Parlimen iaitu Kuala Kangsar, Padang Rengas dan Sungai Siput yang melibatkan seramai 100 orang peserta.





Objektif Program ialah :

  • Memberi penjelasan kepada pengajar dan pelaksana mengenai program TUNAS.

  • Mengenalpasti teknik mengajar dalam Program TUNAS










  • Mendedahkan teknik-teknik mendekati kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

  • Membantu pengajar dan pelaksana merangka Strategi untuk menjalankan program dan aktiviti TUNAS untuk kanak-kanak bawah umur 6 tahun.

Dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu Ceramah 1 Mengatasi Penyalahan Penggunaan Dadah oleh Encik Yusri bin Mohamad, Penolong Pegawai Anti Dadah Daerah Kuala Kangsar. Ceramah 2 bertajuk Kejurulatihan TUNAS disampaikan oleh Puan Nor Alisa bt. Ali Am, Penolong Pengarah AADK Negeri Perak.



Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Amiruddin bin Ariffin, Pengarah KEMAS Negeri Perak.