Selasa, 3 Jun 2008

SEMINAR MOTIVASI PELAJAR

Seramai 70 orang pelajar telah berpeluang mengikut seminar Motivasi Pelajar anjuran Pusat Sumber KEMAS Parlimen Sungai Siput yang diadakan pada 3 Jun 2008 di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Sungai Siput.




Seminar sehari ini di bawah kendalian Encik Mohd Zaid bin Abu Othman, Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa Sekolah Menengah Kebangsaan Sayong, Kuala Kangsar.

Objektif :



  1. Seminar ini adalah menekankan kepada masyarakat mengenai pentingnya ilmu pengetahuan demi masa depan.

  2. Memotivasi diri para peserta supaya mereka berkeyakinan dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.

  3. Memastikan para peserta mempunyai jatidiri yang kuat dan kental serta mempunyai matlamat, wawasan, misi dan keazaman untuk memperolehi kejayaan.

  4. Menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang terhadap diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara.


Rabu, 28 Mei 2008

KAEDAH PENJAGAAN KAMERA DAN PERALATANNYA

  • Sentiasa pegang kamera dengan cermat dan berhati-hati kerana ia akan rosak disebabkan hentakan, ketukan atau sebagainya.

  • Gunakan beg kamera yang bersesuaian dengan kamera dan peralatannya.

  • Jangan biarkan kamera terdedah kepada cahaya yang terik dan panas seharian.

  • Kamera adalah barang yang sangat berharga kepada seorang jurufoto, keselamatannya hendaklah sentiasa dijaga khususnya daripada ancaman pencuri.

  • Adalah penting untuk menyimpan semua data-data nombor siri peralatan kamera.

  • Lindungi kamera anda dari hujan atau air.

  • Elak menggunakan kamera dalam keadaan debu ataupun berhabuk.

  • Elak menggunakan kamera dengan tangan yang basah atau kotor.

  • Keluarkan bateri dari kamera anda sebelum disimpan jika tidak menggunakan kamera untuk jangkamasa yang lama.

  • Sebaik-baiknya simpan kamera anda di dalam "dry box"

Anda Ada Kamera - Kenali Kamera Anda

KAMERA merupakan satu alat perakam imej menggunakan filem atau sensor.

Rakaman adalah dalam bentuk filem ataupun data elektronik.

"Photographer" atau jurufoto menggunakan kamera untuk mendedahkan bahan sensitif cahaya seperti filem atau sensor dengan kadar pendedahan (exposure) yang betul untuk mendapatkan sesuatu imej atau foto.


JENIS-JENIS KAMERA

  1. Kamera Lubang Jarum
  2. Kamera Kotak
  3. Kamera "Compact" (Point & Shot)
  4. Kamera TLR (Twin-Lens Reflex)
  5. Kamera SLR (Single-Lens Reflex)

Ruangan kali ini, tumpuan akan diberikan kepada penggunaan kamera "Compacr" (Point % Shot) dan SLR (Single-Lens Reflex) samada dari jenis yang menggunakan filem (analog) ataupun digital.

KAMERA "COMPACT" (Point & Shot)

  • Kecil, ringan dan "Simple"
  • Mudah dibawa dan disimpan\
  • Mudah digunakan - banyak ciri-ciri automatik
  • Mempunyai "flash" bina dalam
  • "Sensor" yang lebih kecil (Digital PnS)
  • Ada batasan (limitation) untuk berkarya/berseni
  • Tidak boleh menukar lensa
  • Tiada kawasan keatas "D.O.F"
  • Sukar mengambil gambar di dalam cahaya rendah (low light)

KAMERA "SLR" (Single-Lens Reflex)

  • Lebih besar dari kamera "Compact"
  • Boleh menukar lensa
  • Boleh mengawal "D.O.F" (depth of field)
  • Boleh mengawal kelajuan "shutter"
  • Apa yang dilihat di "viewfinder" adalah sama dengan apa yang akan dirakam oleh kamera.
  • Mempunyai banyak kelengkapan dan aksesori.
  • Kamera yang sesuai untuk berkarya/berseni.

Sekian dulu buat ketika ini semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua.

Jumpa lagi disiri akan datang.

Hari Potensi dan Ihtifal Kesenian Islam

KEMAS Daerah Kuala Kangsar akan menganjurkan Hari Potensi dan Ihtifal Kesenian Islam peringkat Daerah Kuala Kangsar yang akan diadakan pada 15 Jun 2008 bertempat di Pusat Kegiatan masyarakat (KEMAS) Parlimen Sungai Siput.
Daerah Kuala Kangsar yang mengandungi Parlimen Kuala Kangsar, Padang Rengas dan Sungai Siput akan menghantar seramai 50 orang peserta bagi acara Hari Potensi dan 41 orang peserta bagi acara Majlis Ihtifal dan kesenian Islam.
Pelbagai acara akan dipertandingkan yang melibatkan seramai 273 peserta antaranya ialah :
Acara kanak-Kanak (Potensi):
  1. Pidato
  2. Bercerita
  3. Story Telling
  4. Teater
  5. Puppet Tangan
  6. Tilawah
  7. Tarian
  8. Reka Cipta
  9. Nasyid

Acara Dewasa (Ihtifal)

  1. Nasyid Lelaki
  2. Nasyid Wanita
  3. Marhaban Berzanji
  4. Tulisan Khat Lelaki
  5. Tulisan Khat Perempuan

Program ini akan dimulakan pada jam 8.30 pagi secara serentak dan Johan bagi setiap acara akan menwakili Daerah Kuala Kangsar bagi pertandingan peringkat negeri.

Tuan/puan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Sabtu, 17 Mei 2008

KURSUS PEMBANGUNAN ICT

Kursus Pembangunan Perisian Multimedia anjuran KEMAS Sungai Siput yang di adakan pada 28 - 30 April 2008 di Pusat Komputer PKM Sg. Siput.

Peserta seramai 20 orang terdiri daripada belia luar bandar dan tenaga pengajarnya ialah Encik Abdul Raof bin Mutalib dan Encik Zulkafli Che Rose.

LAWATAN YB. MENTERI KKLW KE SG SIPUT (U)






YB. Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengadakan lawatan kerja ke Sungai Siput pada 10.00 pagi 8 April 2008 bertempat di Dewan Konvensyen Sungai Siput.


Seramai 1200 orang anggota KEMAS Negeri Perak hadir bagi mendengar amanat dan pesanan arah tuju KEMAS bagi tahun 2008 yang dsampaikan oleh YB. Menteri sendiri.


Program ini di anjurkan oleh Jabatan KEMAS Negeri Perak dan KEMAS parlimen Sungai Siput sebagai tuan rumah.


Turut serta di majlis tersebut YB. Dato' Seri DiRaja Mohd Tajol Rosli Ghazali, Tuan Abdul Puhat bin Mat Nayan (kini Dato'), Haji Amiruddin bin Ariffin Pengarah KEMAS Negeri Perak dan lain-lain Pegawai Kementerian KKLW dan KEMAS Ibu Pejabat.


KURSUS TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN





Seramai 20 orang peserta dari kumpulan aktiviti KEMAS PKK negeri Perak telah mengikut Kursus Teknologi Pemprosesan Makanan yang bermula dari 16 Mei hingga 17 Mei 2008 bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat Sungai Siput (U).


Antara objektif kursus adalah :



  1. Memberi pendedahan kepada masyarakat luar bandar terhadap pemprosesan makanan yang berkualiti, tahan lama dan mampu bersaing dipasaran setempat.

  2. Memberi peluang kepada peserta mempelajari teknik pemprosesan makanan yang betul dan berkualiti.

  3. Melahirkan usahawan makanan luar bandar yang berpotensi dan berpengetahuan serta meningkatkan kualti hidup sedia ada.

  4. Meningkatkan taraf Industri-industri kecil pertanian dan hiliran berasaskan pertanian bagi menyumbang kepada keperluan indusrti makanan.




Rabu, 23 April 2008

Lawatan KSU KKLW ke Sungai Siput (U)


















Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ybhg. Datuk Jamaliah bt. Kamis mengadakan lawatan kerja ke Sungai Siput (U) pada 25 April 2008.

Beliau turut mengadakan perjumpaan khas bersama Anggota-Anggota KEMAS Negeri Perak di Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS) Sungai Siput dan melawat Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat ini.

Beliau juga turut mengadakan lawatan di ke Parlimen Kuala Kangsar dan Padang Rengas pada sebelah petangnya.

Seluruh anggota KEMAS Sungai Siput mengalu-alukan lawatan beliau ke sini.

Selasa, 22 April 2008

Kemas Sungai Siput (U) Perak

KEMAS Sungai Siput Utara dengan rasminya melancarkan Blog KEMAS Parlimen Sungai Siput (U) Perak pada hari ini - Selasa 22 April,2008 bersamaan dengan 15 Rabiulakhir 1429.


Kami akan menyiarkan banyak berita dan maklumat untuk penduduk-penduduk Sungai Siput (U) dan selamat mengikuti blog kami........