21 September 2008, KEMAS Parlimen Sungai Siput telah menjayakan program Gema Ramadhan tahun ini di Pusat Kegiatan Masyarakat Sungai Siput.
Isnin, 22 September 2008
Program Gema Ramadhan KEMAS Sungai Siput
21 September 2008, KEMAS Parlimen Sungai Siput telah menjayakan program Gema Ramadhan tahun ini di Pusat Kegiatan Masyarakat Sungai Siput.
Penyampaian Bantuan PTMS
- Hassan bin Abdullah
- Mazlan bin Mohamad Sharif
- Mohd Maktar bin Pandak Kassim
- Ahmad Rosle bin Abd. Rashid
- Shamsuddin bin Hassan
- Nor Zaimah bt. Jusoh
- Norlaila bt. Shahdan
- Zamri bin Mohd Hassan
Setiap Kotak mengandungi bahan-bahan berikut :
- Cornflakes (1 kotak x 330g)
- Tepong Cucur Segera Bilis (2 pek x 200g)
- Ikan Sardin (4 tin x 155g)
- Susu Tepung (1pek x 1kg)
- Multivitamin (60 biji)
- Biskut Julie's (1 tin x 800g)
- Milo (1pek x 1kg)
- Kacang Tanah (1pek x 500g)
- Keropok Ikan (mentah) (1pek x 500g)
- Kismis (1pek x 405g)
Khamis, 4 September 2008
Sambutan Kemerdekaan Ke 51 TABIKA KEMAS
Selasa, 2 September 2008
Ramadhan 1429
Selasa, 3 Jun 2008
SEMINAR MOTIVASI PELAJAR
Objektif :
- Seminar ini adalah menekankan kepada masyarakat mengenai pentingnya ilmu pengetahuan demi masa depan.
- Memotivasi diri para peserta supaya mereka berkeyakinan dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.
- Memastikan para peserta mempunyai jatidiri yang kuat dan kental serta mempunyai matlamat, wawasan, misi dan keazaman untuk memperolehi kejayaan.
- Menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang terhadap diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara.
Rabu, 28 Mei 2008
KAEDAH PENJAGAAN KAMERA DAN PERALATANNYA
Sentiasa pegang kamera dengan cermat dan berhati-hati kerana ia akan rosak disebabkan hentakan, ketukan atau sebagainya.
Gunakan beg kamera yang bersesuaian dengan kamera dan peralatannya.
- Jangan biarkan kamera terdedah kepada cahaya yang terik dan panas seharian.
- Kamera adalah barang yang sangat berharga kepada seorang jurufoto, keselamatannya hendaklah sentiasa dijaga khususnya daripada ancaman pencuri.
- Adalah penting untuk menyimpan semua data-data nombor siri peralatan kamera.
- Lindungi kamera anda dari hujan atau air.
- Elak menggunakan kamera dalam keadaan debu ataupun berhabuk.
- Elak menggunakan kamera dengan tangan yang basah atau kotor.
- Keluarkan bateri dari kamera anda sebelum disimpan jika tidak menggunakan kamera untuk jangkamasa yang lama.
- Sebaik-baiknya simpan kamera anda di dalam "dry box"
Anda Ada Kamera - Kenali Kamera Anda
Rakaman adalah dalam bentuk filem ataupun data elektronik.
"Photographer" atau jurufoto menggunakan kamera untuk mendedahkan bahan sensitif cahaya seperti filem atau sensor dengan kadar pendedahan (exposure) yang betul untuk mendapatkan sesuatu imej atau foto.
JENIS-JENIS KAMERA
- Kamera Lubang Jarum
- Kamera Kotak
- Kamera "Compact" (Point & Shot)
- Kamera TLR (Twin-Lens Reflex)
- Kamera SLR (Single-Lens Reflex)
Ruangan kali ini, tumpuan akan diberikan kepada penggunaan kamera "Compacr" (Point % Shot) dan SLR (Single-Lens Reflex) samada dari jenis yang menggunakan filem (analog) ataupun digital.
KAMERA "COMPACT" (Point & Shot)
- Kecil, ringan dan "Simple"
- Mudah dibawa dan disimpan\
- Mudah digunakan - banyak ciri-ciri automatik
- Mempunyai "flash" bina dalam
- "Sensor" yang lebih kecil (Digital PnS)
- Ada batasan (limitation) untuk berkarya/berseni
- Tidak boleh menukar lensaTiada kawasan keatas "D.O.F"Sukar mengambil gambar di dalam cahaya rendah (low light)
KAMERA "SLR" (Single-Lens Reflex)
- Lebih besar dari kamera "Compact"
- Boleh menukar lensa
- Boleh mengawal "D.O.F" (depth of field)
- Boleh mengawal kelajuan "shutter"
- Apa yang dilihat di "viewfinder" adalah sama dengan apa yang akan dirakam oleh kamera.
- Mempunyai banyak kelengkapan dan aksesori.
- Kamera yang sesuai untuk berkarya/berseni.
Sekian dulu buat ketika ini semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua.
Jumpa lagi disiri akan datang.
Hari Potensi dan Ihtifal Kesenian Islam
- Pidato
- Bercerita
- Story Telling
- Teater
- Puppet Tangan
- Tilawah
- Tarian
- Reka Cipta
- Nasyid
Acara Dewasa (Ihtifal)
- Nasyid Lelaki
- Nasyid Wanita
- Marhaban Berzanji
- Tulisan Khat Lelaki
- Tulisan Khat Perempuan
Program ini akan dimulakan pada jam 8.30 pagi secara serentak dan Johan bagi setiap acara akan menwakili Daerah Kuala Kangsar bagi pertandingan peringkat negeri.
Tuan/puan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.
Sabtu, 17 Mei 2008
KURSUS PEMBANGUNAN ICT
Kursus Pembangunan Perisian Multimedia anjuran KEMAS Sungai Siput yang di adakan pada 28 - 30 April 2008 di Pusat Komputer PKM Sg. Siput.
Peserta seramai 20 orang terdiri daripada belia luar bandar dan tenaga pengajarnya ialah Encik Abdul Raof bin Mutalib dan Encik Zulkafli Che Rose.
LAWATAN YB. MENTERI KKLW KE SG SIPUT (U)
KURSUS TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN

- Memberi pendedahan kepada masyarakat luar bandar terhadap pemprosesan makanan yang berkualiti, tahan lama dan mampu bersaing dipasaran setempat.
- Memberi peluang kepada peserta mempelajari teknik pemprosesan makanan yang betul dan berkualiti.
- Melahirkan usahawan makanan luar bandar yang berpotensi dan berpengetahuan serta meningkatkan kualti hidup sedia ada.
- Meningkatkan taraf Industri-industri kecil pertanian dan hiliran berasaskan pertanian bagi menyumbang kepada keperluan indusrti makanan.
Rabu, 23 April 2008
Lawatan KSU KKLW ke Sungai Siput (U)
Beliau turut mengadakan perjumpaan khas bersama Anggota-Anggota KEMAS Negeri Perak di Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS) Sungai Siput dan melawat Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat ini.
Beliau juga turut mengadakan lawatan di ke Parlimen Kuala Kangsar dan Padang Rengas pada sebelah petangnya.
Seluruh anggota KEMAS Sungai Siput mengalu-alukan lawatan beliau ke sini.
Selasa, 22 April 2008
Kemas Sungai Siput (U) Perak
Kami akan menyiarkan banyak berita dan maklumat untuk penduduk-penduduk Sungai Siput (U) dan selamat mengikuti blog kami........

